Tempatan

174 Rakyat Malaysia Mangsa Scammer Masih Terkandas Di Luar Negara

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 01 Oktober 2022 – Berdasarkan rekod Polis Diraja Malaysia (PDRM), seramai 174 orang rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan masih terkandas di luar negara.

Menurut laporan polis yang diterima, 174 orang itu adalah daripada 224 kes yang dilaporkan oleh ahli keluarga mangsa sejak tahun 2021 sehingga Jumaat, jelas Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin.

Walau bagaimanapun, beliau juga memaklumkan bahawa seramai 110 mangsa sindiket penipuan pekerjaan telah diselamatkan dan berjaya dibawa pulang.

“PDRM akan terus menggunakan semua platform untuk bekerjasama dengan pelbagai agensi terutama dengan Polis Antarabangsa (Interpol) dan Polis ASEAN (Aseanapol) untuk menangani masalah ini.”

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim mencadangkan atas nama kemanusian, atas nama semangat Keluarga Malaysia, Perdana Menteri Malaysia memberikan peruntukan khas kepada kedutaan-kedutaan seperti Laos, Myanmar dan Cambodia bagi melaksanakan usaha untuk menyelamatkan rakyat Malaysia yang terperangkap, diperdagangkan, yang diseksa dan dieksploitasi oleh sindiket-sindiket ini.

Samudera.my, sebelum ini melaporkan kenyataan seorang individu, mangsa sindiket penipuan pekerjaan yang berkongsi pengalamannya kepada Datuk Hishammuddin Hashim.

Individu terbabit mendedahkan bahawa mangsa-mangsa yang diperdayakan tawaran kerja palsu diseksa dengan begitu kejam sehingga ada dipaksa melacur seawal usia 13 tahun, dipaksa makan babi, biawak serta dipaksa minum arak selain diacukan pistol sekiranya mangsa-mangsa tidak mencapai target yang ditetapkan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: