Antarabangsa

171 Jangkitan Baru HIV Di Kalangan Warga Singapura

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SINGAPURA, 04 Disember 2022 – Sejumlah 171 kes virus ‘human immunodeficiency’ (HIV) telah dilaporkan dalam kalangan warga negara dan penduduk tetap Singapura dalam tempoh di antara Januari dan Oktober tahun ini.

Kenyataan tersebut telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) pada Khamis lalu bersempena dengan Hari AIDS Sedunia.

Jumlah tersebut dari segi peratusannya telah sedikit menurun dengan penurunan sebanyak 14 peratus berbanding dengan jumlah pada tempoh yang sama tahun lalu. Pada 2021, terdapat 250 kes HIV baharu dilaporkan dan jumlah tersebut adalah penurunan daripada jumlah 261 kes pada tahun sebelumnya.

93 peratus daripada 102 kes yang telah dianalisa oleh MOH di antara Januari dan Jun 2022 adalah dalam kalangan lelaki. Manakala 59 peratus daripada keseluruhan kes tersebut telah dikesan berada pada tahap akhir jangkitan.

Kementerian tersebut turut menyatakan bahawa hubungan seks adalah sebab utama jangkitan HIV, dengan kadar 91 peratus daripada keseluruhan 102 kes.

Lelaki yang mengadakan hubungan seks sesama jenis telah menyumbang kepada 52 peratus daripada keseluruhan kes. Ini termasuklah jumlah yang terlibat dalam hubungan seks secara biseksual, di mana ianya berjumlah 3 peratus.

Manakala 39 peratus daripada keseluruhan kes adalah daripada lelaki yang mengadakan hubungan seks dengan wanita.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: