Antarabangsa

17 Orang Maut Disambar Petir di India

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BIHAR, 19 Jun 2022 – Ketua Menteri Bihar, Nitish Kumar pada Ahad semalam menzahirkan rasa dukacita atas kehilangan 17 nyawa yang maut akibat dipanah petir di negeri tersebut.

Menurut laporan, kematian-kematian tersebut adalah berpunca daripada insiden ribut petir yang melanda negeri berkenaan.

BACA: Prof Lanat Penghina Nabi Mati Rentung Kemalangan

Lapor The Economic Times, kematian tersebut berlaku di beberapa daerah semenjak Sabtu malam, di mana Bhagalpur mencatatkan angka kematian tertinggi (6 orang), diikuti Vaishali (3 orang), Banka & Khagaria ( 2 orang), dan diikuti Munger, Katiher, Madhepura & Saharsa (1 orang).

Kerajaan Bihar akan memberikan lebih kurang RM 22,587 kepada ahli keluarga si mati.

Leave a Reply

Back to top button