Tempatan

16 September Matahari Tegak Tepat Di Atas Putrajaya

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 16 September 2022 – “Putrajaya yang ada hari ini terletak di garis transit matahari 16 September iaitu Hari Malaysia, saban tahun,” kenyataan itu dikeluarkan MetGeo melalui laman Facebooknya mengenai kedudukan matahari yang akan berada tegak di atas bulatan depan Masjid Putra ketika waktu solat Zohor hari ini.

Menurut kenyataan sama, ketika transit matahari berlaku pada siang bumi yang nampak matahari pada jam dan minit itu, ia akan mempunyai bayang-bayang menghala ke Putrajaya.

Menariknya lagi mengenai fenomena ini, ia hanya berlaku dua kali dalam setahun dan kali ini, ia jatuh pada hari Jumaat sekali gus bersamaan hari bersejarah buat seluruh rakyat Malaysia.

Berdasarkan hantaran MetGeo, selain 16 September kejadian ini juga boleh berlaku pada 28 Mac.

Sekadar tambahan info dari MetGeo, apabila matahari transit atas Kaabah, umat Islam akan membetulkan arah kiblat kerana pada waktu itu, bahagian bumi yang nampak matahari pada masa sama mempunyai bayang-bayang condong ke Kaabah. Ini dinamakan Istiwa Adzam.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: