Tempatan

CAP Gesa KPDN Ambil Tindakan Penjual Abai Tanda Harga

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PULAU PINANG, 05 Mac 2023 – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengambil tindakan terhadap penjual yang mengabaikan tanda harga.

Menurut Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader, perbuatan tidak memaparkan harga yang betul, membuatkan pengguna seolah-olah ‘ditipu’ apabila membayar pesanan atau pembelian mereka.

BACA JUGA: Mesin Layan Diri Menu IPR RM2 Susahkan Pengguna

BACA JUGA: Tan Sri Idrus Dilantik Semula Sebagai Peguam Negara

BACA JUGA: Penumpang Terkandas Tengah Landasan, Operasi Aerotrain KLIA Dihentikan

“Akta Kawalan Harga 1946 Pindaan 1973, Seksyen 8(1) mewajibkan peniaga mempamerkan tanda harga pada barangan jualan masing-masing,” ujarnya.

Tinjauan pihaknya terhadap gerai makanan, pasar basah, gerai pasar malam, restoran dan kedai runcit sekitar Pulau Pinang mendapati semakin ramai peniaga secara terang-terangan melanggar peraturan berkenaan.

“Kesalahan utama di gerai yang mana harga jualan minuman dan makanan tidak mempunyai senarai harga atau dipamerkan petunjuk harga.”

“Di restoran pula, petunjuk harga tidak dikemaskini dan mengelirukan pelanggan mereka yang percaya bahawa makanan itu dikekalkan pada harga lama.”

Tegasnya, menurut akta, adalah menjadi tanggungjawab penjual memaklumkan kepada pembeli mengenai harga, namun kekurangan penguatkuasaan menghalang keberkesanan undang-undang ini.

Justeru, beliau menggesa KDN untuk menguatkuasakan Akta Kawalan Harga 1946 Pindaan 1973, Seksyen 8(1) selain mengambil tindakan dan mendakwa semua yang terbabit melakukan kesalahan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: