130 Juta Warga Bangladesh Bergelap, Kegagalan Grid Elektrik Jadi Punca
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
DHAKA, 05 Oktober 2022 – Sekurang-kurangnya 130 juta orang di Bangladesh bergelap pada petang Selasa lalu susulan kegagalan grid yang menyebabkan bekalan elektrik terputus di 80 peratus negara itu.
“Kesemua kawasan tidak mempunyai kuasa elektrik kecuali di beberapa lokasi di barat laut Bangladesh,” kata jurucakap Lembaga Pembangunan Tenaga, Shamim Ahsan.
Menurut sumber, Bangladesh mengalami krisis kuasa secara serius sejak kebelakangan ini akibat daripada harga tenaga global yang lebih tinggi berikutan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.
Sejak daripada itu, Bangladesh telah mengenakan pemotongan perkhidmatan secara tetap untuk menjimatkan tenaga elektrik.
Namun, punca kejadian kali ini tidak diketahui lagi.
Shamim memaklumkan, pihaknya masih menyiasat berkaitan kejadian itu sambil menambah kerosakan teknikal mungkin punca kejadian.
Walau bagaimanapun, bekalan kuasa telah dipulihkan pada jam 9 malam waktu tempatan di seluruh negara termasuk ibu kota Dhaka setelah bergelap selama 7 jam.