Air Laut Cetek, Feri Ke Pulau Langkawi Akan Dihentikan Sementara
KANGAR, 14 Februari 2023 – Perkhidmatan feri dari Terminal Kuala Perlis ke Pulau Langkawi terpaksa dihentikan sementara pada 1 dan 2 Mac depan berikutan jangkaan paras air laut yang cetek.
Menurut ramalan, paras air laut di alur pelayaran Kuala Perlis sewaktu tarikh berkenaan dikatakan tidak selamat untuk dimasuki feri iaitu berada pada paras bawah 1.6 meter.
BACA JUGA : Qatar Sumbang Kabin Piala Dunia Buat Turkiye Dan Syria
BACA JUGA : Perkhidmatan Awam: Ini Soal Gaji, Bukan Peluang & Perkauman – Wan Ahmad Fayhsal
BACA JUGA : Cemar Air, SPAN Cadang Naikkan Denda Sehingga RM20 Juta, 20 Tahun Penjara
Susulan itu, Pengurus Sumber Manusia dan Operasi Ferry Line Ventures Sdn Bhd, Kapten Baharin Baharom menasihati penumpang untuk menggunakan perkhidmatan feri laluan Langkawi-Kuala Kedah bagi mengelakkan sebarang kesulitan.
“Bagi laluan Langkawi ke Kuala Kedah, terdapat lima jadual pelayaran iaitu 7.30 pagi, 10 pagi, 1 petang, 4 petang dan 7 petang.”
“Laluan bagi Kuala Kedah ke Langkawi pula, jadual pelayaran bermula dari jam 7 pagi,10.30 pagi, 1 petang, 4 petang dan 7 malam.”
Tambahnya, semakan dan tempahan tiket dalam talian boleh dilakukan menerusi aplikasi Cuti-Cuti Langkawi.