NGO

13 Mei : PERKASA Gesa Lim Kit Siang Diambil Tindakan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Kenyataan media PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia merujuk kepada satu kenyataan yang di buat oleh Lim Kit Siang di laman https://www.malaysianow.com/my/news/2023/07/19/negara-hampir-hampir-ke-arah-rusuhan-ala-13-mei-kata-kit-siang.

Perkasa dengan ini mengecam tindakan Lim Kit Siang yang cuba menghasut rakyat dengan menggambarkan bahawa rusuhan ala ala 13 Mei mungkin bakal berlaku tidak lama lagi.

Bahang kehangatan PILIHANRAYA NEGERI (PRN) 6 negeri semakin hangat di rasai dan pihak PDRM juga telah mengeluarkan kenyataan supaya semua parti politik elak dalam menyentuh tentang isu 3R ini. Dan pada hari ini ada juga pihak yang masih berdegil untuk mengeluarkan kenyataan apatah lagi ianya berunsur hasutan kepada rakyat.

Perkasa mendesak pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana mana pihak sama ada dari pihak kerajaan ataupun pembangkang yang cuba menghasut rakyat dalam kempen PRN ini tanpa memilih bulu. Dan Akta Hasutan 1948 harus di guna pakai terhadap mana mana parti politik yang cuba menyentuh 3R dan juga cuba membawa mesej hasutan kepada rakyat malaysia.

Perkasa ingin bertanya kepada Lim Kit Siang sebagai veteran politik kepada sebuah parti politik, adakah sokongan orang melayu ketika ini merosot kepada gabungan parti politik yang menjadi kerajaan pada hari menjadi faktor Lim Kit Siang cuba mengugut dan menghasut rakyat berkenaan isu rusuhan kaum seperti peristiwa 13 Mei 1969?

Lim Kit Siang juga lupa bagaimana sejarah hitam peristiwa 13 Mei berlaku. Dengan keadaan yang aman ketika ini perkasa berharap agar tiada lagi pihak yang cuba untuk menghidupkan semula peritiwa hitam apatah lagi ianya berlaku dalam kehangatan PILIHANRAYA NEGERI (PRN) ini.

Irwan Fahmi Ideris
Ketua Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia
20 Julai 2023 / 2 Muharram 1445H

Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan samudera.my

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: