Tempatan

13 Mei, Dua Platun Lihat Mayat Bergelimpangan Di Panggung Odeon

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SARAWAK, 26 Ogos 2022 – Mejar (B) Dato’ Salehuddin Abd Mutalib dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM), dalam sebuah forum berkongsikan pengalaman beliau melihat sendiri keadaan mayat, mangsa peristiwa tragedi 13 Mei 1969 yang berlimpangan di kawasan Panggung Wayang Odeon di depan SOGO, ketika beliau diarahkan bertugas di Kuala Lumpur.

“Banyak sekali mayat saya tengok di Panggung Wayang Odeon depan SOGO. Rupanya panggung wayang habis pukul 6 petang masa itu, semasa mereka keluar, mereka diserang.”

Ketika melihat mayat-mayat yang bergelimpangan di tengah jalan sehingga terpaksa dialihkan agar beliau dan pasukannya dapat melalui jalan tersebut, terdetik persoalan mengenai punca berlakunya pergaduhan ini, ujar beliau.

“Adakah ini pergaduhan racial? Melayu lawan Cina. Tapi tak mungkin kerana kalau Melayu lawan dengan Cina, kenapa banyak India mati?”

Menurut Mejar (B) Dato’ Salehuddin yang melihat begitu banyak mayat India ditemukan sepanjang jalan bulatan Princess Road sehingga ke Jalan Ipoh, beliau mendapati ianya bermotifkan politik.

Justeru, beliau yang ketika itu menjadi pemimpin termuda dalam B Skuadran 1 iaitu pasukan peninjau yang terdiri daripada pelbagai bangsa, ditugaskan untuk menjaga kawasan tersebut dan berjaya meleraikan kumpulan yang berkumpul dengan mengarahkan pasukan berbilang bangsanya.

“Kalau ada kumpulan Cina berkumpul, saya suruh Cina leraikan, kalau India, saya suruh India, kalau Melayu, saya suruh Melayu.”

“Jadi dengan itu tidak ada racial basis dalam tentera. Saya juga ingatkan tentera saya dahulu, askar-askar saya dahulu, be open, don’t be bias,” jelas Mejar (B) Dato’ Salehuddin yang ketika itu memimpin 44 orang anggota terdiri daripada dua Squad troops dan dua rifles troops.

Perkongsian ini dikongsikan Mejar (B) Dato Salehuddin dalam forum ‘Canai Bahasa dan Sastera bil 6/2022, “Perkongsian Kisah Perjuangan Mempertahankan Negara”’ bersempena dengan bulan kemerdekaan menerusi Studio Siaran Langsung Media Sosial DBP pada 17 Ogos 2022 minggu lalu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: