Antarabangsa
120 Kilogram Benang Emas Untuk Hasilkan Kiswah Kaabah
MAKKAH, 16 Jun 2024 – Sebanyak 120 kilogram benang emas diperlukan untuk menghasilkan kelambu Kaabah yang dikenali sebagai Kiswah.
Memetik laporan akhbar, pekerja di Kilang Kiswah Makkah memerlukan sejumlah 120 kilogram benang emas dan 120 kilogram benang perak untuk melakukan tenunan di atas kain hitam.
Kiswah juga ditenun menggunakan 670 kilogram benang sutera yang disulam dengan benang emas dan perak supaya binaan Kaabah dilindungi.
Terkini, dimaklumkan, sekumpulan wakil media antarabangsa terdiri dari 21 wartawan dan jurugambar daripada 10 agensi berita dapat membuat liputan haji tahun ini atas jemputan Agensi Akhbar Saudi (SPA).