Antarabangsa

Tangguh Perjanjian Kerjasama Nuklear, Rusia Salahkan AS

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RUSIA, 23 Februari 2023 – Rusia telah mengeluarkan kenyataan bahawa Amerika Syarikat telah memungkiri perjanjian New Start bagi pengurangan senjata-senjata nuklear, dengan menyatakan bahawa Washington telah mungkir akan perkara-perkara yang telah dipersetujui sebelum ini.

Rusia turut menyatakan bahawa Amerika Syarikat (AS) sedang dalam usaha untuk menjatuhkan keselamatan negara Rusia.

BACA JUGA: Hentikan Dana Melampau Kerajaan Kepada Sekolah Swasta Vernakular – CIJ

Disebabkan hal tersebut, Presiden Rusia Vladimir Putin telah membuat pengumuman mengenai tindakan Rusia untuk menggantung perjanjian dua hala mengenai kawalan senjata-senjata nuklear itu.

BACA JUGA: Kartel ‘Kawal’ Harga Telur & Ayam, B60 Bakal Terkesan Teruk

Sebuah kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Rusia telah menyatakan bahawa terdapat sebab yang kuat untuk mengatakan bahawa polisi AS adalah bertujuan untuk menjatuhkan keselamatan negara Rusia, yang mana ianya telah bercanggah dengan prinsip dasar dan kefahaman bersama yang telah dizahirkan pada isi perjanjian tersebut.

BACA JUGA: Indonesia Tumpas ‘Ejen Bigboss’ Dalang Sindiket Seludup Rohingya Ke Malaysia

Di bawah perjanjian tersebut, Rusia dan AS telah bersetuju untuk menghantar tidak lebih daripada 1,550 induk peledak nuklear, yang mana jumlah tersebut adalah 90 peratus daripada keseluruhan induk peledak.

Perjanjian tersebut turut menyatakan bahawa kedua-dua negara tidak boleh menghantar lebih daripada 700 unit misil dan pengebom jarak jauh.

Rusia turut menyatakan bahawa mereka terbuka untuk meneruskan penyertaan mereka dalam perjanjian New START itu jika polisi AS berubah. Menurut kementerian pertahanan negara tersebut,

“Keputusan untuk menggantung penyertaan dalam New START boleh diundur. Untuk ianya dilakukan, Washington mestilah menunjukkan kehendak politik dan membuat usaha yang baik bagi menurunkan ketegangan”.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: