Politik
114 SD Sokong Ismail Sabri
Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini
KUALA LUMPUR, 18 Ogos 2021 – Satu sumber dalaman memaklumkan, Ismail Sabri memperoleh 114 sokongan akuan bersumpah (SD) Ahli Parlimen.
SD itu terdiri dari 50 Perikatan Nasional, 41 Barisan Nasional, 18 Gabungan Parti Sarawak (GPS), 1 SD dari Parti Bersatu Sabah dan 4 SD dari parti Bebas.
Semua Ahli Parlimen mempunyai masa sehingga jam 4 petang tadi untuk menyatakan secara bertulis, kepada Istana Negara mengenai siapa yang disokong mereka sebagai Perdana Menteri kesembilan.
Setakat ini, Istana Negara belum mengeluarkan apa-apa bentuk pengesahan mengenai jumlah sokongan yang diterima oleh mana-mana pihak.