Tempatan

Malaysia ‘Milik Semua’ Mengelirukan, Adakah Tanah Rizab Melayu Bakal Dikorbankan?

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 20 Mac 2023 – “PMX asyik ulang Malaysia ini milik semua, sampai jemu dah kita dengar. Kalau betul milik semua kita nak tanya adakah Tanah Rezab Melayu akan terus dikorbankan dan menjadi milik semua orang? Kalau tidak kenapa tiada strategi untuk dipulangkan? Kalau betul milik semua, kenapa ekonomi dimonopoli oleh satu kaum sahaja?” soal Timbalan Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA), Hj Aminuddin Yahaya dalam Facebooknya.

Ujarnya, beliau kecewa dengan ucapan Perdana Menteri Ke-10, Dato’ Seri Anwar Ibrahim semasa Kongres Nasional Khas PKR 2023 yang diadakan pada 18 Mac 2023 yang hanya banyak menyentuh soal-soal lama yang rakyat semua sudah makruf (ketahui).

BACA JUGA: Kuantan Buka 1,775 Tapak Bazar Ramadhan Aidilfitri

BACA JUGA: Boleh Tuntut Ganti Rugi Jika Terlibat Kemalangan Akibat Jalan Rosak – Timbalan Menteri

BACA JUGA: Penjara, Jika ‘Dedahkan’ Muslim Belum Dewasa Kepada Pengaruh Bukan Islam

Tegas Hj Aminuddin, apa yang rakyat mahu dengar ialah apa ‘Blue Print’ yang dibuat bagi mengangkat nasib Melayu dan agama Islam. Ini yang masih “hilang” yang seharusnya diberi perhatian. Dalam erti kata lain “forward looking” bukan hanya merintih perkara lepas. Ini juga yang gagal dilakukan oleh pemimpin-pemimpin sebelum ini.

“Orang Melayu dah jauh ketinggalan dan semakin terpinggir. Kalau tidak ada satu pelan intervensi maka dibimbangi 10 tahun lagi orang Melayu akan jadi pengemis di bumi sendiri.”

Selain itu, ulas beliau lagi, ungkapan “Milik Semua” yang diulang oleh PMX dalam ucapannya sangat mengelirukan dan membuka ruang perselisihan di antara kaum.

“Sebenarnya ungkapan “Milik Semua” ini sangat mengelirukan dan membuka ruang perselisihan di antara kaum. Kenapa kita tak berpegang sahaja kepada Perlembagaan? Bukankah dokumen negara ini sudah mengambil kira semua aspek? Kenapa asyik-asyik hendak menyalahkan orang Melayu sahaja? Saya keliru. Ada sesiapa yang boleh tolong jelaskan?” kata Hj Aminuddin mengakhiri kenyataan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: