Antarabangsa

10,000 Penjajah Israel Bakal ‘Berhijrah’

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JERUSALEM, 21 Disember 2022 – Penjajah rejim aparteid Israel telah menganjurkan sebuah kempen untuk memujuk seramai 10,000 warganya ‘berhijrah’ meninggalkan negara haram itu.

Portal antarabangsa melaporkan, sebuah kumpulan rejim haram aparteid Israel menyeru orang Yahudi meninggalkan tempat tersebut berikutan kebimbangan mereka terhadap kerajaan haluan kanan yang bakal dibentuk dan dipimpin oleh Benjamin Netanyahu, dipercayai melaksanakan dasar agama ketat.

Kumpulan tersebut yang aktif di media sosial dinamakan “Meninggalkan negara ini bersama-sama” dan diketuai seorang peneroka Yahudi, Yaniv Goralik.

Katanya, “Melihat kepada apa yang berlaku dalam negara, malangnya kita harus bersedia untuk berpindah ke luar negara. Negara ini penting untuk saya, tapi kita lihat kerajaan apa yang bakal dibentuk dan siapa menterinya.”

Setakat ini pergerakan dan agenda kumpulan berkenaan tidak mendapat maklum balas daripada pegawai kerajaan sedia ada atau akan datang. Namun ratusan rakyat negara haram itu menyertai akaun kempen di laman media sosial Facebook, Twitter, Telegram dan Whatsapp.

Link fb grup:
https://www.facebook.com/groups/829988841526696/ 

Susulan itu, Yaniv turut meluahkan kegusarannya meninggalkan tanah yang dirampas ekoran perubahan yang semakin teruk. Dia mensasarkan 10,000 orang untuk bahagian pertama meninggalkan ‘negara’ itu dan jumlah seterusnya akan diperluaskan kemudian.

Antara penyokong gerakan ini adalah Mordechai Kahane, seorang ahli perniagaan Yahudi Amerika yang menyebut, “Selepas bertahun-tahun menyeludup orang Yahudi dari zon perang di Syria, Afghanistan, Iraq, Yaman dan Ukraine ke Israel, saya memutuskan untuk membantu orang Israel berhijrah ke Amerika Syarikat.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: