Antarabangsa

Islam Makhachev, Anak Buah Khabib Juara UFC Terbaru

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ABU DHABI, 31 Oktober 2022 – Islam Makhachev yang merupakan anak buah kepada atlet dan petarung Ultimate Fighting Championship (UFC) terkenal, Khabib Nurmagomedov, dinobatkan sebagai juara UFC terbaharu.

Beliau memenangi perlawanan (UFC 280) selepas menentang Charles “Do Bronx” Oliveira dalam kategori Lightweight pada 22 Oktober 2022 lalu, yang berlangsung di Arena Etihad di Abu Dhabi, UAE.

Islam Makhachev yang berasal dari etnik Lak, merupakan seorang atlet bela diri campuran profesional Rusia yang pernah bertanding dalam pertarungan Sambo iaitu pertempuran gaya Rusia yang berasal dari Red Army dan bermaksud “‘pertahanan diri tanpa senjata.”

Beliau sering berlatih bersama-sama Khabib Nurmagomedov, bekas Juara UFC Islam Pertama Kelas Ringan yang tidak pernah kalah itu, selain Islam Makhachev juga sering dibandingkan dengan jurulatihnya sehingga ada yang memanggilnya “Khabib yang seterusnya,” dan beliau tidak kisah dengan perbandingan itu, tetapi sebaliknya menganggap ia sebagai pujian.

Selain itu, sama seperti Khabib, Islam Makhachev juga dilatih oleh jurulatih belia di Dagestan, yang juga merupakan ayah kepada Khabib, Abdulmanap Nurmagomedov, seorang atlet terkenal dan bekas anggota Tentera Soviet yang mempunyai kepakaran dalam judo dan sambo, selain daripada kepakaran dalam bergusti.

Khabib Nurmagomedov telah menyokong Islam Makhachev sepanjang kerjayanya, sama ada bertindak sebagai penterjemah atau menjadi jurulatih selepas mengambil keputusan untuk bersara pada kemenangan terakhirnya dengan mendedikasikan kejayaan tersebut bagi mengenang pemergian bapanya yang meninggal dunia pada usia 57 tahun akibat komplikasi jangkitan COVID-19, Julai 2020 lalu.

Abdulmanap Nurmagomedov sentiasa menaruh harapan tinggi kepada Makhachev, dengan memberitahu anaknya Khabib, “Apabila anda pergi, Islam akan tiba.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: