Tempatan

10,000 Guru Bersara Awal Setiap Tahun, Apa Puncanya? – YB Sabri Azit

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 21 Julai 2022 – YB Tuan Sabri bin Azit, Ahli Parlimen Jerai mempersoalkan mengenai punca guru bersara awal hingga melebihi 10,000 orang pada setiap tahun dalam Persidangan Dewan Rakyat kelmarin.

Menjawab pertanyaan tersebut, Menteri Kanan Pendidikan, YB Senator Datuk Dr Mohd Radzi bin Md Jidin berkata, “Jumlah 10,000 orang guru yang bersara awal setiap tahun yang dinyatakan adalah tidak tepat.”

Ujarnya, KPM merekodkan seramai 4,389 orang guru yang bersara awal pada tahun 2021 iaitu 1.06 peratus daripada jumlah keseluruhan pengisian guru pada 1 Januari 2021.

Manakala purata peratusan guru yang bersara pilihan selama empat tahun iaitu tahun 2017 hingga 2021 adalah 0.99 peratus daripada jumlah keseluruhan pengisian guru pada 1 Januari tahun-tahun tersebut.

Beliau turut menjelaskan bahawa KPM sentiasa memantau keperluan dan pengisian jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di sekolah-sekolah bawahnya. Peluang pembangunan profesionalisme turut disediakan bagi memastikan guru sentiasa bersedia dan bermotivasi dalam menjalankan tugas.

Tambahnya, “KPM juga menyediakan latihan dalam meningkatkan kesejahteraan psikologi untuk memberikan kemahiran pengurusan emosi, kawalan diri dan amalan harian yang positif berdasarkan tahap kesejahteraan psikologi yang dinilai melalui Inventori Kesejahteraan Psikologi (IKPsi).”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: