Antarabangsa

10,000 Ektremis Hindutva Demo Anti Islam, Anti Muslim

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

MUMBAI, 31 Januari 2023 – Lebih 10,000 aktivis Hindutva menyertai perhimpunan anti-Islam dan anti-Muslim di Maharashtra, lapor sebuah agensi berita Kashmir.

Perhimpunan itu diadakan oleh badan pertubuhan Hindu, Sakal Hindu Samaj, yang membawa slogan anti-Islam serta gesaan supaya undang-undang menentang penukaran agama dan ‘jihad cinta’.

Malah, perhimpunan itu turut menggesa agar barangan daripada kedai milik masyarakat Islam diboikot.

BACA JUGA: Kanak-Kanak Mangsa Tertinggi Keganasan Rejim Haram

BACA JUGA: Kebun Durian Haram: DAP Bawa Penceroboh Jumpa Menteri Besar?

BACA JUGA: Gelekan Ghairah: Penganjur Mohon Permit Tidak Dibatalkan

Perhimpunan itu turut dihadiri oleh beberapa pemimpin parti dan anggota Kerajaan Maharashtra.

Antara yang hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Bharatiya Janata Party (BJP), Ashish Shelar, yang turut mengeluarkan kenyataan mengancam umat Islam dengan mengatakan,

“Kerajaan akan mengambil keputusan pada masa yang tepat (mengenai jihad cinta, jihad tanah). Tetapi masyarakat sedang marah ketika ini dan berada dalam keadaan berdisiplin untuk mengadakan protes ini,” katanya.

Bukan itu sahaja, T Raja Singh, seorang Ahli Dewan Undangan Negeri dan pemimpin BJP yang digantung sebelum ini turut menggesa orang Hindu untuk memboikot barangan dari kedai yang dikendalikan oleh masyarakat Islam sambil berkata,

“Sudah tiba masanya masyarakat Hindu menentang penguasaan oleh orang-orang ini. Terdapat kemarahan dalam hati dan fikiran orang ramai… Saudara perempuan dan anak perempuan kita menjadi mangsa kepada bentuk sistematik masyarakat lain,” ujarnya.

Seruan untuk memboikot kedai umat Islam itu pernah dilakukan pada Oktober tahun lalu di daerah Karnataka apabila para aktivis Hindu memulakan kempen memboikot daging halal sewaktu sambutan perayaan Navratri di bandar tersebut.

Malah, Ketua Hindutva, Yati Narsinghanand, ditahan pada September tahun lalu kerana mengeluarkan kenyataan bahawa madrasah tidak sepatutnya wujud selain menyeru agar madrasah diletupkan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: