Tempatan

100 Saluran TV Sepanyol, Tiada Satu Pun Bahasa Inggeris – Lukman Sheriff

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RABU, 01 Jun 2022 – Peguam, Lukman Sheriff memuji negara Sepanyol yang memartabatkan bahasa kebangsaannya secara meluas termasuk stesen televisyen yang mempraktikkan alih suara dengan menukarkan filem-filem dalam Bahasa Inggeris dari luar negara kepada bahasa Sepanyol.

“Ada seratus channel TV, satu channel pun tiada bahasa inggeris. Banyak betul siaran bahasa sepanyol. Pelakon wayang Hollywood semuanya cakap sepanyol.”

Tambah beliau dalam kenyataannya di Facebook, walaupun negara Sepanyol bukanlah negara yang menerajui dalam bidang teknologi namun, Sepanyol masih mampu memartabatkan bahasa ibundanya di dunia yang serba maju.

Malah, “Mereka ini jelas bangga guna bahasa sepanyol dengan meluas walaupun ramai juga boleh guna inggeris.”

Ini berbeza dengan Malaysia yang menemui titik percanggahan apabila ada usaha untuk meningkatkan penggunaan Bahasa Melayu.

“Kita pula tiap kali nak tingkat penggunaan BM ada aje orang bantah. Bukan tu aje bila bantah jadi headline utama pula.”

Lukman Sheriff memberikan contoh bantahan daripada G25 yang memuja-muja negara-negara Barat.

“Siapa g25 ini pada kita? Anglophile mereka ni.”

Justeru, “Sepatutnya lepas ni G25 dikutuk teruklah oleh media kita,” ujar beliau.

Beliau berpendapat bahawa bukanlah satu kesalahan menguasai Bahasa Inggeris dan Kerajaan Malaysia sendiri menggunakan Bahasa Melayu. Negara-negara lain seperti Sepanyol, Indonesia, Jepun, Perancis, US, UK dan lain-lain semuanya mengangkat bahasa ibunda dengan mengamalkannya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: