Antarabangsa

Israel Lancar Lebih 1,000 Serangan Fosforus Putih Di Gaza – Euro-Med

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GENEVA, 18 november 2023 – Pasukan Pendudukan Israel (IOF) didakwa telah melancarkan lebih 1,000 serangan fosforus putih di kawasan berpenduduk di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober lalu, menurut Euro-Mediterranean Human Rights Monitor, sebuah organisasi bebas yang berpangkalan di Geneva.

Memetik laporan sebuah agensi berita antarabangsa, pasukan Euro-Med telah menerima keterangan bahawa Pendudukan Israel telah melakukan 300 serangan dengan fosforus putih dalam tempoh 40 minit pada 15 November.

Katanya, serangan itu menyasarkan kawasan kejiranan di bandar Beit Laha yang terletak di utara Gaza.

Malah, insiden penggunaan fosforus putih juga dilihat di kawasan berpenduduk di kejiranan “Sheikh Radwan” yang terletak di utara Gaza pada 14 November lalu.

Ia ditambah lagi dengan serangan ke atas kem pelarian yang terletak di barat Gaza, “Al-Shati” dan kem “Jabalia” di utara Jalur Gaza.

Menurut laporan tersebut, penduduk Palestin yang menjadi sasaran serangan fosforus putih dilaporkan mengalami sesak nafas yang teruk, batuk akibat daripada terhidu bahan toksik, bau yang sangat tidak menyenangkan di udara dan penglihatan terhalang susulan daripada asap putih yang tebal.

Tegas organisasi tersebut, IOF telah melanggar prinsip perkadaran dan perbezaan dalam serangan sewenang-wenangnya ke atas Semenanjung Gaza dengan secara langsung telah menyasarkan orang awam termasuklah menggunakan senjata yang dilarang di peringkat antarabangsa di mana ia jelas melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: