Antarabangsa

10 Kanak-Kanak Gaza Hilang Kaki Setiap Hari

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GENEVA, 27 Jun 2024 – Sekurang-kurangnya 10 kanak-kanak di Gaza kehilangan satu atau kedua-dua kaki mereka dalam tragedi pengeboman rejim Zionis Israel sejak 7 Oktober lalu, dedah Setiausaha Agung Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Pelarian Palestin (UNRWA), Philippe Lazzarini.

Menurut beliau, angka itu tidak termasuk kanak-kanak yang kehilangan anggota lain seperti lengan dan tangan.

“10 kanak-kanak setiap hari, ini bermakna kira-kira 2,000 kanak-kanak yang kehilangan anggota badan selepas lebih 260 hari perang kejam ini.”

“Pembedahan bagi memotong kaki sering berlaku dalam keadaan yang agak mengerikan, kadang-kadang tanpa suntikan bius,” ujarnya.

Sementara itu, Pesuruhjaya Agung UNRWA memaklumkan, kira-kira 4,000 kanak-kanak telah dilaporkan hilang, manakala 17,000 kanak-kanak tidak ditemani selepas hampir 9 bulan diserang Zionis Israel.

“Tambahkan ini kepada 14,000 kanak-kanak yang telah dilaporkan terbunuh sejak permulaan perang,” kata beliau.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: