Tempatan

Banjir: JKM Kelantan Perkenal Kad PPS Elak Tercicir Bantuan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KOTA BHARU, 23 November 2023 – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan memperkenalkan kad pusat pemindahan sementara (PPS) kepada setiap keluarga mangsa banjir bagi mengelak berlaku keciciran agihan barangan keperluan.

Pengarahnya, Said Sidup berkata, inisiatif yang julungkali diperkenalkan itu akan memudahkan mangsa banjir untuk mendapatkan bantuan peralatan yang lengkap termasuk selimut, tikar, toto dan pelbagai barangan makanan sepanjang berada di PPS.

“Tujuan kad ini diberikan adalah untuk memastikan setiap mangsa dan keluarga mereka yang berdaftar mendapat peralatan dan keperluan yang sama.”

“Kad PPS ini perlu disimpan sepanjang tempoh berada di PPS dan perlu diserahkan semula kepada pegawai JKM yang bertugas di PPS apabila mangsa banjir dibenarkan pulang ke rumah masing-masing,” katanya ketika ditemui di Depoh Simpanan Keperluan Bencana JKM Pengkalan Chepa, pada Rabu.

Katanya, pihaknya tidak mahu timbul semula pelbagai isu atau aduan daripada mangsa yang mempersoalkan kenapa mereka tidak menerima bantuan seperti mangsa lain.

Setakat jam 8.30 pagi ini, banjir di Kelantan telah menjejaskan 373 mangsa daripada 96 keluarga yang ditempatkan di enam PPS.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: