Antarabangsa

10 Ditembak Mati Di California Sempena Tahun Baru Cina

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTokYouTubeTelegramTwitterInstagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 26 Januari 2023 – Komuniti Asian Amerika di Amerika Syarikat (AS) kini berada di dalam kebimbangan sekali lagi apabila 10 individu telah ditembak mati sewaktu sambutan Tahun Baru Cina di California.

Ini merupakan kali kelima bagi kes tembakan besar-besaran hanya dalam tempoh tiga minggu bagi tahun ini.

Kes-kes keganasan di negara tersebut telah dilaporkan mengalami peningkatan yang tinggi sejak berlakunya pandemik Covid-19 dan ianya kini dilaporkan bahawa penyasaran mangsa adalah terhadap orang Asia yang berada di AS.

BACA JUGA: Perbuatan Bakar Al Quran Adalah Jenayah Yang Tidak Bertamadun – Pengerusi PEMBELA

BACA JUGA: Per*gol Tukar Jantina Selepas Didakwa Di Mahkamah

BACA JUGA: PPIM Gesa Pengguna Boikot Produk Sweden

Jenayah berkaitan anti orang Asia juga turut dikatakan telah mengalami peningkatan setelah berlalunya tempoh pandemik itu.

Sebuah organisasi, STOP AAPI HATE yang merekodkan mengenai insiden-insiden kebencian dan keganasan yang melibatkan warga Asian Amerika serta warga pulau Pasifik yang tinggal di AS telah merekodkan bahawa terdapat sejumlah 11,500 insiden yang bersifat kebencian yang mensasarkan orang Asia daripada 19 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2022.

Walaupun terdapat sedikit penurunan kebelakangan ini, namun para pengkaji masih menyatakan kebimbangan mereka kerana kadar insiden tersebut adalah terlalu tinggi jika dibandingkan dengan sebelum pandemik.

Kejadian terbaru di Monterey Park yang telah mengorbankan 10 individu kini masih belum ditemui motifnya, namun suspek bagi kejadian tersebut yang berusia 72 tahun telah ditemui mati dengan kesan bunuh diri.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker