Tempatan

1 Syawal 1442H: Hari Raya Aidilfitri Khamis Ini

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 12 Mei 2021 – Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad sekitar jam 8 malam Selasa mengumumkan bahawa umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Khamis (13 Mei) ini.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Khamis 13 Mei 2021.”

Pengumuman tarikh Aidilfitri itu disiarkan menerusi siaran televisyen tempatan.

Sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini akan disambut dalam norma baharu selepas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara mulai 12 Mei hingga 7 Jun 2021.

Di kesempatann ini, kami dari pihak Samudera.my ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua umat Islam tidak kira di mana anda berada. #staysafe

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button