Antarabangsa

Guru Bukan Muslim ‘Langgar’ Ibadah Solat Pelajar Muslim

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

FLORIDA, 13 Disember 2022 – Tular dalam sebuah video TikTok menunjukkan seorang guru bukan Muslim yang mengganggu dan ‘melanggar’ tiga pelajar Muslim yang sedang menunaikan solat dalam sebuah premis pengajian.

Dalam video itu, dapat dilihat guru itu bukan sahaja menuduh pelajar-pelajar lelaki Muslim dari Franklin Academy itu sedang melakukan sihir, malah hampir memijak tangan salah seorang dari mereka ketika pelajar terbabit sedang sujud.

“Saya percaya kepada Jesus, jadi saya akan mengganggu kamu.”

“Kamu semua sedang melakukan sihir,” katanya lagi.

Menerusi video, guru bukan Muslim itu meniup wisel bagi menarik perhatian tiga pelajar yang sedang solat sebelum melangkah di hadapan mereka, memijak sejadah dan hampir-hampir memijak tangan seorang pelajar yang berada di saf belakang.

@gawpu i literally dont even believe what happened to me is real im still shook. #muslim #praying #tate #prayer #andrewtate #andrewmuslim #kanye #islam ♬ snowfall – Øneheart & Reidenshi

Susulan kejadian, pihak Franklin Academy bertindak memecat guru tersebut.

“Walaupun kami tidak membincangkan hal peribadi kakitangan, kami boleh berkongsi bahawa guru berkenaan bukan lagi ahli kakitangan Franklin Academy,” kenyataan itu disiarkan di Facebook, lapor portal luar negara.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: