Tempatan

“1 Parcel 50 Sen Nak Makan Apa”

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 23 Februari 2022 – “1 parcel 50 sen nak makan apa? Sekarang 100 parcel basic 40 parcel = RM60; Komisen 60 parcel = RM60; Jumlah RM120.”

“Akan Datang 100 Parcel Basic 40 parcel = RM60; Komisen 60 Parcel = Rm30; Jumlah Rm90.”

“40 basic RM60; 160 komisen RM160 jumlah RM220.”

“Kiraan along.”

Ini merupakan pengiraan abang kepada seorang pengguna Twitter yang terkesan dengan pengurangan komisen untuk penghantar oleh sebuah syarikat e-Dagang terkenal.

HyeAtma berkongsikan tangkap layar pengiraan komisen abangnya di dalam laman Twitternya, di bawah perbualan mengenai isu pengurangan komisen ini.

“Tengoklah abang aku siap kira, kau rasa?” ujarnya.

Menurut Naz, pengguna Twitter yang mula-mula sekali membangkitkan perkara ini, bakal suaminya remuk redam selepas mengetahui perkara ini.

“Pasangan saya remuk redam malam semalam. Banyak kali dia persoalkan, ‘memang ini je ke nasib orang takda education? diguna-gunakan?’ Hati saya hancur sebab kami dah melalui pelbagai dugaan untuk sampai ke tahap ini. Sekarang, dia perlu bermula semula dan cari pekerjaan lain yang berbaloi.”

Dalam perbualan sama, pengguna-pengguna Twitter lain mempersoalkan apa tujuan syarikat e-Dagang tersebut membuat langkah begitu.

“Jika mereka mendakwa bahawa mereka tidak membuat keuntungan yang mencukupi untuk mengekalkan senarai gaji penghantar, saya fikir ia adalah penipuan besar. Sejak pandemik, lebih ramai orang membeli secara online. Jadi apa alasan mereka?” kata Indera.

Anwar Ahmad juga membangkitkan persoalan yang sama dengan Indera.

“Rasanya jualan dekat platform Sh*pee makin hari makin meningkat kot. Free shipping pulak makin hari makin susah nak dapat. Courier pun dah tak boleh nak pilih. Apa rasionalnya, nak kurangkan komisen staff pulak? Sebab harga ayam mahal? Harga brokoli mahal?”

Dalam sebuah notis yang dikeluarkan oleh syarikat e-Dagang terkenal itu, pihak syarikat menyatakan bahawa pengurangan komisen ini melibatkan semua rakan kontraktor dan pemandu/penunggang pihak ketiga di seluruh negara yang membawa lebih daripada 40 bungkusan sehari.

“Tugasan penghantaran dan syif seharusnya tidak terjejas dengan ketara oleh perubahan ini. Penghantaran akan menjadi lebih efisien dengan peningkatan bungkusan bagi setiap laluan dan liputan yang lebih baik (laluan lebih pendek) untuk memenuhi sasaran bungkusan setiap hari.”

“Dalam keadaan pasaran servis penghantaran yang kian kompetitif, langkah ini diambil bagi mempastikan kelangsungan perniagaan syarikat supaya dapat mengekalkan peluang pekerjaan kepada kita semua. Kami amat menghargai penat lelah dan dedikasi anda selama ini,” maklum notis itu lagi.

Leave a Reply

Back to top button