Tempatan

1 Dalam 3 Muslim Asia Tenggara Lebih Alim Daripada Ibu Bapa Mereka – Kajian

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 23 September 2022 – Menurut satu tinjauan, satu dalam tiga orang Islam di Asia Tenggara menganggap diri mereka lebih alim berbanding ibu bapa mereka pada ketika usia mereka, dengan kepercayaan mereka digunakan sebagai pembuat keputusan mengenai perbelanjaan peribadi, fesyen, perbankan, perjalanan dan pendidikan.

Tinjauan tersebut telah merekodkan sebanyak 45 peratus yang menganggap diri mereka seperti taat di mana, hubungan yang kukuh dengan Tuhan adalah perkara paling penting dalam kehidupan bagi 91 peratus umat Islam Asia Tenggara, iaitu setanding dengan kesihatan.

Selain itu, ia turut dibuktikan dengan 91 peratus responden mengatakan bahawa mengenalpasti sama ada sesuatu produk itu halal atau dibenarkan adalah faktor paling penting, mendahului nilai untuk wang, kualiti dan pertimbangan alam sekitar.

Laporan yang menemubual 1,000 pengguna di Indonesia dan Malaysia itu juga merekodkan lebih 60 peratus umat Islam mengambil kira dengan sangat penting sama ada produk perbankan atau pelaburan itu mengikut syariat Islam atau tidak, manakala 77 peratus mengambil kira isu makanan halal sebagai faktor utama dalam memilih destinasi untuk melancong.

“Pengguna Islam semakin menggunakan kepercayaan agama mereka dalam membuat keputusan pembelian, dan cara mereka berbuat demikian sentiasa berkembang,” kata Chen May Yee, pengarah Asia Pasifik untuk Wunderman Thompson Intelligence.

Menurut Safa Arshadullah, seorang penulis dan penyelidik di Wunderman Thompson Intelligence pula, Asia Tenggara lebih daripada sekadar pasaran Muslim, ia adalah medan ujian untuk trend global terkini.

“Apa yang berlaku di sini memberi inspirasi kepada umat Islam di seluruh dunia untuk secara konsisten menjalin kepercayaan dan berfungsi dengan cara yang inovatif.”

Leave a Reply

Back to top button