Tempatan

TH Hanya Benarkan Pemindahan Wang Ke Akaun Sendiri Julai Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 21 Jun 2023 – Lembaga Tabung Haji (TH) hanya membenarkan pemindahan wang daripada akaun simpanan TH ke akaun bank pendeposit sahaja mulai 1 Julai ini bagi mengekang kes penipuan dalam talian.

Menerusi kenyataan akhbar, TH berkata pendeposit hanya boleh mengaktifkan kad ATM dengan akaun TH menerusi mesin ATM dan bukan melalui perkhidmatan perbankan dalam talian bank-bank rakan strategik TH.

BACA JUGA: ADUN Tupong Pertahan Projek Tiang Bendera Sarawak Bernilai RM30 Juta

BACA JUGA: Usaha Gugat Pengerusi SUHAKAM Mesti Dihentikan, Siasat NGO Penerima Dana Asing – Hj Aminuddin Yahaya

BACA JUGA: KINRARA: Bina Sekolah Kebangsaan Kami Tiada Masalah, Bina Sekolah Vernakular Kami Bantah! – Pengerusi BERTINDAK

Katanya, langkah ini diambil sebagai salah satu usaha berterusan TH untuk memastikan para pendeposit tidak terjerat dengan perangkap pihak tidak bertanggungjawab atau ‘scammer’.

“TH sentiasa cakna dan prihatin akan keselamatan urusan para pendeposit. Justeru itu, TH akan terus berusaha untuk memperkasakan lagi perkhidmatan digital TH demi keselesaan para pendeposit,” kata Pengarah Eksekutif Operasi TH, Mohamad Ameen Abdul Wahab.

Tambahnya lagi, TH juga sentiasa melakukan kemaskini dan memperketatkan kawalan keselamatan teknologi sedia ada secara berterusan bagi memastikan semua transaksi yang dilakukan oleh pendeposit adalah selamat.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: