Tempatan

1 Dalam 20 Wanita Hamil ‘Tak Rancang’-Kesan Amalan Seks Rambang?

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 14 Ogos 2022 – Satu daripada 20 wanita berdepan dengan kehamilan yang tidak dirancang. Perkara ini tidak mengejutkan berikutan hasil satu tinjauan mendedahkan, 42% belia lebih suka melakukan hubungan seks tanpa kondom, lapor sebuah portal.

Siti Aishah Hassan Hasri, pengasas SPOT (Soroptimist Puberty Organizing Toolkit), sebuah pergerakan yang menyediakan pendidikan seksualiti menyeluruh berkata, belia Malaysia kurang keyakinan apabila membeli alat pencegah kehamilan seperti kondom.

Justeru itu, beliau menegaskan bahawa, pemerkasaan dalam isu ini adalah penting agar mereka mengambil langkah yang proaktif.

“Pendedahan kepada pendidikan kesihatan seksual dan reproduktif adalah penting untuk mendidik dan mewujudkan kesedaran di kalangan belia untuk meningkatkan perlindungan seksual, serta mencegah jangkitan kelamin (STI) dan kehamilan yang tidak dirancang,” ujarnya.

Menurut Tinjauan Kesihatan Seksual dan Kesejahteraan Intim 2022, 35.4% daripada lebih 1,000 rakyat Malaysia berumur antara 18 dan 30 tahun mengakui telah melakukan hubungan seksual, berbanding 18.8% daripada tinjauan pertama pada 2016.

Dalam kalangan kumpulan ini, 62% mempunyai pengalaman seksual pertama mereka pada usia 22 tahun atau lebih muda.

Manakala dari segi digital, tinjauan itu melaporkan bahawa lebih satu daripada lima anak Malaysia pernah melakukan sexted (menghantar mesej atau imej seksual eksplisit melalui telefon bimbit) sebelum ini.

Leave a Reply

Back to top button