Tempatan

1.2 Juta Pelancong China Yang Hilang – Pengundi Hantu PRU-15?

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 20 September 2022 – Mantan Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Profesor Dr Zainur Rashid Zainuddin tidak menolak kemungkinan bahawa di kalangan 1.2 juta pelancong China yang didakwa tidak keluar dari Malaysia dalam tempoh tiga tahun itu bakal menjadi pengundi untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti.

Beliau juga turut menegaskan bahawa isu 1.2 juta pelancong China yang ‘hilang’ ini adalah isu keselamatan nasional yang besar yang mesti dikendalikan segera secara serius sebelum hilangnya kedaulatan sebuah negara yang merdeka.

“Adakah ia sebuah siri kelalaian yang berpanjangan, atau pun sebuah malapetaka yang tidak boleh lagi dikawal?”

Kenyataan Profesor Dr Zainur Rashid berkenaan 1.2 juta pelancong China ‘hilang’ bakal menjadi pengundi PRU-15 adalah susulan saban hari tertera di media mengenai tangkapan ramai warga China dengan pelbagai kes jenayah antaranya, terbabit dalam sindiket judi atas talian, penipuan pelaburan, Macau Scam, mata wang kripto, pelacuran dan kongsi gelap.

Bahkan pernah dilaporkan bahawa ada dalam kalangan mereka yang memiliki MyKad dan pasport yang dibeli dengan harga yang sangat tinggi, ujar beliau.

Dato’ Zainul Rijal Abu Bakar, Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) sebelum ini mendesak pihak Kerajaan supaya mengambil tindakan yang bersepadu untuk menyiasat dan menyelesaikan isu 1.2 juta warga China yang dikesan tidak keluar dari negara ini selepas masuk di antara tempoh 2018 hingga 2021 selepas dinyatakan dengan jelas di dalam hansard di dalam Parlimen.

Selain itu, Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Hj Aminuddin Yahaya mempersoalkan di manakah silapnya sehingga 1.2 juta pelancong dari negara China tidak kembali ke negara asal dan menegaskan bahawa situasi ini sangat serius serta menunjukkan satu kealpaan yang sangat besar serta tidak harus berlaku kerana pihak berwajib mengawal kedatangan pelancong asing yang datang ke negara ini.

Ustaz Masridzi Sat, Presiden PERKID merangkap Naib Presiden Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) pula mengutarakan kebimbangan dengan kemasukan ini adalah agenda penjajahan daripada bangsa tersebut.

“Mereka menguasai hutan-hutan, tanah-tanah kita dikuasai, bandar-bandar kita dikuasai dan pusat-pusat maksiat, premis judi, arak dan segala tempat-tempat besar projek-projek yang berpuluh bilion, beratus bilion semua dikuasai oleh kumpulan mereka.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: